Search This Blog

Respons dan Resolusi Isu Palestin

Written on 9:11 AM by WhoSign

Seruan daripada Mursyid Am Ikhwan Muslimin kepada seluruh bangsa-bangsa di dunia untuk sama-sama memperteguh semangat setia kawan dengan penduduk-penduduk wilayah Gaza, Palestin

Kepada umat manusia yang enggan tunduk (kepada kezaliman) di seluruh pelusuk dunia

Kepada umat manusia yang sentiasa mengiginkan kebenaran, keadilan dan kebebasan

Kepada umat manusia yang mencari keamanan, ketenangan dan kesejahteraan

Kepada umat Arab dan Islam

Saya mengucapkan menerusi kamu ucapan bangga, mulia dan hormat kepada ummat Palestin yang berjuang di wilayah Gaza di atas ketahanannya, kemantapannya, imannya dan pengorbanannya.

Sesungguhnya Umat ini tidak hanya mempertahankan tanah-tanah sucinya, bumi dan tanahair semata-mata, bahkan mempertahankan kemuliaan ummah dan kesuciannya. Ia sebenarnya merupakan benteng penahan dan garis pertahanan yang pertama dalam menghadapi rencana Amerika dan Zionis yang bertujuan menundukkan ummah, merampas kekayaan-kekayaan sumber muka buminya serta meleburkan ciri-ciri khusus kebudayaannya.

Sesungguhnya, ketahanan, sifat bermati-matian yang telah ditunjukkan oleh umat (Palestin) yang gagah ini dengan izin Allah s.w.t akan menjadi faktor pemutus dalam menggagalkan serangan ganas ini yang bertujuan mematahkan kemahuannya, melemahkan keazamannya dan menggoncang penentangannya.

Tanpa syak lagi, wahai gulungan yang merdeka, bahawa semangat setiakawan kamu dengan umat Palestin akan memperkuatkan ketahanan mereka ini, akan menjadi bekalan dan aspirasi kepada golongan-golongan perwira di wilayah Gaza dalam menghadapi pencerobohan ganas gulungan Zionis, dalam perjuangan mereka ke arah pembebasan dengan kehendak Allah s.w.t.

Sebagai tambahan, saya ingin memperingatkan kamu, bahawa golongan musuh, zionis tidak akan melakukan penyembelihan yang dahsyat ini melainkan menerusi konspirasi antarabangsa, kebisuan, kelemahan, kelumpuhan, bahkan persekongkolan (kepimpinan) Arab.

Ingatlah! Harapan masa ini terletak pada ummah/bangsa-bangsa di dunia dan kelompok-kelompok pendesaknya yang aktif. Keupayaannya untuk membuat tekanan ke atas rejim-rejim dan pemerintah-pemerintah dunia Arab. Institusi-institusi masyarakat antara bangsa. Semuga kesemuanya melaksanakan tanggongjawab masing-masing dalam;

  • Menghentikan pencerobohan ganas terhadap penduduk wilayah Gaza
  • Memecahkan kepungan, membuka laluan Rafah dan mengangkat penderitaan daripada wilayah Gaza
  • Memutuskan segala bentuk hubungan diplomatik, politik, ekonomi dengan musuh zionis

Yang dituntut:

Berterusan dengan peryataan/pengisytiharan kemarahan dengan menggunakan segala cara secara aman yang dapat dilakukan, menghadapi pembohongan media massa yang dicanangkan oleh alat-alat media massa zionis dan sesiapa saja yang berligar di dalam orbitnya.

"Allah lagi akan memenangkan gulungan yang memenangkannya, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat dan Perkasa.".. (Surah al-Haj, Ayat 40).

Muhammad Mahdi Aqif

Mursyid Am Ikhwan Muslimin

30 Zulhijjah 1429 / 28 Dis 2008

“Apa pandangan anda tentang isu palestin ni?”

Written on 7:59 AM by WhoSign


“Israel vs Palestin”

“Apa pandangan anda tentang isu palestin ni?”

Satu nama muslimin disebut, lantas beliau bangun dan memberikan pandangannya. Sejurus selepasnya, seorang lagi nama muslimin dipanggil, dan tanpa membuang masa pendapatnya dikongsikan. Kemudian..

“tak pe.. saya nak pandangan kamu yer.. kamu tak perlu terikut-ikut dengan kawan-kawan.. saya nak pandangan kamu sendiri terhadap isu ni..”

Seterusnya, seorang muslimah pula diberi giliran untuk melontarkan pandangannya dan diikuti dengan seorang muslimah yang lain.

Berdasarkan keempat-empat pandangan tersebut, point-pointnya dikeluarkan dan dicatat di whiteboard.

ISU PALESTIN – RESPONS TERHADAPNYA

1. derma – pihak-pihak tertentu mengutip derma untuk disalurkan sebagai bantuan kepada rakyat palestin.

2. peluang ceramah – aktivis-aktivis / pendakwah palestin datang ke Malaysia menyampaikan ceramah dan menyalurkan maklumat kepada rakyat malaysia.

3. doa dan solat hajat – umat islam mengadakan dan menggalakkan supaya mengadakan solat hajat dan memohon doa pertolongan dari Allah.

4. pengetahuan – umat islam perlu menimba ilmu sehingga boleh mencipta teknologi yang setanding dan dapat mengalahkan musuh.

Penulis bersetuju dengan pandangan-pandangan yang dikeluarkan, namun penulis melihat satu-persatu pandangan tersebut dibidas, katanya kita perlu mengetahui sesuatu keadaan tersebut untuk mengeluarkan pandangan. Katanya lagi, sejak dari kecil lagi dia berhadapan dengan isu tersebut dan hingga sekarang tak henti-henti lagi.. bidasnya:

“ 1. Derma. Siapa kita untuk menderma? Negara kita termasuk dalam kategori negara yang sedang membangun. Kita negara miskin. Macam mana kita nak menderma? Sedangkan diri kita sendiri pun kita tak terjaga.”

“2. Ceramah. Sepatutnya pergi ceramah dekat PBB atau OIC tu. Nak buat apa ceramah kat sini. Negara kita juga ada hubungan dengan AS. Kita tak boleh membenarkan media-media menyiarkan maklumat atau ceramah seperti itu, silap-silap nanti kita pula yang mengalami nasib yang sama. Siapa nak tolong?”

Doa dan solat hajat serta pengetahuan tidak dibidas. Tambahnya lagi:

“Sebenarnya, siapa kita ni nak tolong palestin? Tengok sekeliling kita. Dah la malaysia ni negara miskin. Jirannya singapura – sekutu AS. Thailand – pemerintahnya anti islam. Filipina – kristian. Indonesia – banyak yang islam liberal lebih. Kalau kita yang kena serang, siapa kita nak mintak tolong? Doa dan solat hajat je la yang kita boleh buat. Nak pergi berjuang kat sana? mati katak jer.”

Then, kesimpulan olehnya pula:

“sebenarnya, kalau kita nak tamatkan isu ni, kita kutuk je negara arab tu. Kalau orang-orang arab tu bersatu bela palestin, kalah dah israel tu. Tapi, tengok la arab tu macam mana. Dengan asobiyah puak-puaknya, sekutu dengan AS lagi. Macam mana nak bela palestin.”

Negara arab dipersalahkan.

_____________________________________________


Sebenarnya, macam tu la sesetengah orang kadang memikirkan tentang isu palestin.

1. menuding jari ke arah pihak yang lain

2. menjaga tepi kain sendiri

Apa lah salahnya dengan menderma? Miskin sangatkah sehingga RM10 atau RM1 pun tak boleh didermakan? Bila dikumpul banyak-banyak, kan mencecah ribu-ribu juta-juta jugak.

Apa lah salahnya aktivis tu berceramah dan sampaikan maklumat kat rakyat malaysia? Kalau tak macam mana orang nak tahu dan sedar. Kalau tak sedar, macam mana nak ambil berat, nak tolong, simpati, dan sebagainya. Apa ingat mati katak ker mereka yang pergi berjuang tu? Apa ingat kita jer ker yang ada kain nak jaga?

Apa? Apa? Apa? Kita fikir la sesama...

Respon dan Resolusi Isu Palestin

Daisypath Anniversary tickers