Siri Menundukkan Pandangan: Penguat Hati Menundukkan Pandangan?
Written on 2:07 AM by WhoSign
Kembali ke: Tundukkan Pandangan?
Kembali ke: Kenapa Perlu Menundukkan Pandangan?
-----------------------------
Penguat Hati Menundukkan Pandangan
1. Menyibukkan diri dengan kebenaran.
Bermakna sibukkan diri dengan kerja-kerja atau perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan dibiarkan masa kosong menghambat diri lalu menyeret kita ke lembah yang tidak sepatutnya. Saidina ‘Umar al-Khottob bencikan waktu kosong. Beliau menganggap kekosongan membawa kita turun ke dasar kehinaan dan jurang hawa nafsu. Beliau berkata: “kekosongan; beramal untuk keduniaan tidak, dan beramal untuk akhirat pun tidak.”
2. Memperbanyak puasa.
Punca semua nafsu adalah satu. Begitu juga punca kesabaran adalah satu. Sesiapa yang bersabar daripada nafsu makan, kemahuannya akan kuat dan mampu bersabar daripada nafsu untuk melihat perkara yang diharamkan.
Itulah sebabnya nabi s.a.w berpesan:
Dan barangsiapa yang tidak mampu (berkahwin), hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya ia adalah perisai baginya. (potongan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Kahwin.
Nabi s.a.w. bersabda:
Wahai para pemuda! Barangsiapa di kalangan kamu yang mampu berkahwin, hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia lebih mampu menundukkan pandangan dan lebih memelihara kesucian kemaluan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Merasa diawasi Allah dan takut kepadaNya.
Allah berfirman:
يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُوْرُ
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (ghafir: 19)
Ibnu Abbas berkata:
“seseorang lelaki berada dalam kumpulan orang ramai. Lalu seorang perempuan melintas berhampiran mereka. Lelaki itu memperlihatkan kepada mereka kononnya dia telah menundukkan pandangannya daripada perempuan itu. Jika lelaki itu merasa bahawa mereka sedang leka, dia pun memandang perempuan itu. Jika dia bimbang mereka mengetahui gelagatnya, dia pun menundukkan pandangannya. Sedang Allah sebenarnya melihat hatinya bahawa dia telah memandang kepada perempuan tersebut.”
Ini bermakna, api nafsu tidak dapat dipadamkan melainkan dengan rasa takut kepada Allah.
5. Membuat perbandingan antara dunia dan akhirat.
Zu an-Nun mendendangkan syairnya:
Tinggalkan orang yang diperbuat daripada air dan tanah liat..
sibukkan cintamu kepada bidadari yang kekal abadi.
Lain orang mungkin lain pendekatan. Fikirkanlah cara yang terbaik yang dapat membantu anda meneguhkan hati untuk terus menundukkan pandangan.
- Antara perkara-perkara lain yang membantu menundukkan pandangan..
- Jauhi daripada perkara yang meransang nafsu.
- Bersukan untuk mengeyah dan mengosongkan tenaga.
- Menggunakan masa untuk perkara faedah.
- Membawa bersama kitab al-Quran dalam perjalanan.
-----------------------------
Kembali ke: Tundukkan Pandangan?
Kembali ke: Mengapa Perlu Menundukkan Pandangan?